MISTERI DOLLAR AS - Tersirat plan serangan 911 disebaliknya.

MISTERI 911 PADA DOLLAR AS
Misteri Dollar AS yg menyembunyikan misteri 911

Rancangan tersusun rapi tersembunyi dalam Dollar AS

    Bukan sekadar kebetulan, terdapat lakaran bangunan Pentagon, menara utara dan selatan terbakar serta maklumat rahsia lain ditemui di atas wang kertas 20 dolar AS.
    Semua ini menunjukkan terdapat rancangan tersusun bertahun-tahun sebelumn semuanya menjadi realiti.
    Osama bin Laden tidak membuat wang dolar AS, namun namanya terpapar dan ditemui secara rahsia di atas kertas Dolar AS.
    Orang gila manakah yang telah mentadbir negara Amerika? Orang ini sakit jiwa, ketagihan, dan terus menerus merancang kejahatan yang tidak dapat dibayangkan. Mereka adalah yg menggelar diri mereka sebagai New World Order (NWO).

Nama Osama pada Dollar AS

Lakaran rempuhan WTC pada Dollar AS

    American Airlines dan United Airlines adalah dua kapal terbang merempuh WTC. Sekiranya kita melipat wang 20 dolar AS seperti di atas pada gambar kanan, kita dapat melihat American dan United tertulis dengan jelas.

    Perkara ini menunjukkan Peristiwa 911 sudah dirancang dengan tersusun selama bertahun-tahun. Ini adalah sebuah kebetulan yang pelik dan sesungguhnya perkara ini menakutkan sekiranya difikirkan secara logik.
    Banyak kejadian pelik sepanjang peristiwa 911. Kejadian-kejadian ini dilakukan oleh NWO dalam rangka mencapai misi mereka menyiapkan dunia demi menanti kedatangan Dajjal.
   Golongan ini bersedia berkorban jiwa dan raga supaya rancangan ini berjaya. Mereka tidak akan berhenti walau apa alasan sekalipun. Mereka boleh berbohong, berbuat jahat, mencuri, membunuh, memanipulasi,
menyeksa, dan apa sahaja bagi mencapai tujuan jahat mereka kepada manusia
    Tanda kemunculan mereka dapat ditemui di mana-mana sahaja. Mereka adalah Freemason dan Iluminati. Mereka adalah tangan kanan Iblis. Mereka adalah musuh bagi golongan yang beriman kepada Allah.
    Jangan memandang ringan konsep NWO atau mentertawakannya. Mereka bergerak dengan cepat dan menyerang kita dari arah yang tidak dijangka
    Peristiwa 911 adalah kejayaan mereka. Peristiwa itu membuka pintu kempen memerangi pengganas, pintu yang memberi tiket kepada Amerika menindas umat Islam
    Kita sudah beberapa kali diingatkan mengenai kedatangan Dajal oleh para nabi dan rasul. Bermula dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad.
    Justeru, sebagai orang yang beriman, kita harus mempertahankan agama kita dan menghalang agenda jahat mereka daripada terus menguasai kita

Ulasan