Bagaimana hidup dengan bahagia?
Hidup Bahagia... Atau hidup kaya?
Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, apakah sebenarnya yang anda cari dalam hidup ini? Keluar pagi balik malam, keluar gelap balikpun gelap? Rutin yg sama pada keesokan harinya dan begitu juga hari² berikutnya..
Kita sibuk mencari kebahagiaan, namun masalah pula yang silih berganti kita temui. Mulalah hati berbisik dimana salahku? Tak cukup usahakah? Salah carakah? Apakah yg aku cari sebenarnya?
MASALAH
"Masalah oh masalah, kenapalah hidup ni perlu ada masalah? Bukankah gembira seandainya hidup tanpa ada sebarang masalah.. Hari² hidup riang"
Dari sekecil-kecil masalah diri sehinggalah sebesar-besar masalah negara. Kadangkala bagi sesetengah individu, masalah yg kecil pun boleh menjadi satu masalah yg besar. Namun janganlah pula kita memandang remeh pada masalah individu lain, jika kita tidak mengetahui apa yg mereka lalui maka kita tidak berhak untuk berkata apa-apa. Sebaiknya kita memberi kata semangat, nasihat atau diam. Itu lebih baik.
Terimalah hakikat yang masalah tidak akan pernah berakhir. So bilakah ia akan berakhir? Adakah mati adalah noktah kepada masalah? Jawapannya masalah hanya akan berakhir setelah timbangan amal dijalankan.. Itu pun seandainya banyak bekalan amal yang dibawa.. Jika tidak, ketahuilah bahawa azabNya amatlah pedih.
Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, apakah sebenarnya yang anda cari dalam hidup ini? Bahagia atau kaya? Keluar gelap, pulang gelap.. Apakah anda mencari bahagia? Sudah tentunya anda mencari kaya.. Kerana minda kita sering terperangkap dengan idea yang "dengan kaya akan menjadi bahagia.."
MOTIVASI
Itulah yang telah tertanam dalam minda kita sejak dari kecil lagi.. Kita dididik untuk mendongak keatas melihat kejayaan orang lain sebagai contoh atau konon-kononnya sebagai motivasi. Jarang sekali kita diajar untuk melihat kebawah pada keadaan mereka yang jauh lebih sukar, atau susah dalam menjalani kehidupan ini.
Seharusnya kita melihat kedua-duanya agar kita tidak menjadi kaum yg melampaui batas, lantas melakukan kerosakan.
SYUKUR
Pasti akan timbul rasa syukur apablia kita membandingkan kehidupan kita yang agak selesa dengan kehidupan mereka yg jauh lebih sukar. Percaya atau tidak, kenyataannya semua manusia punya sebab untuk bersyukur.. Rezeki kita berbeza.. Rasa syukur akan menjadikan anda seorang yg kaya, contohnya seorang miskin yg bersyukur dengan sebuku roti ditangannya. Sudah pasti simiskin itu akan menghayati setiap gigitan pada roti itu. Dia adalah seorang yg bersyukur, sudah pastinya Allah akan menambah rezeki pada hambaNya yang sentiasa bersyukur.
REZEKI
Maka bertebaranlah kamu dimuka bumi seperti burung yg terbang mencari rezeki yg telah disediakan untukmu. Rezeki itu luas, rezeki itu pelbagai bentuk. Jangan sempitkan fikiran yg bahawa rezeki itu wang, harta, atau pangkat sahaja... Kesihatan juga rezeki, kasih sayang juga rezeki, dipermudahkan urusan juga rezeki, kawan² juga rezeki, masa juga rezeki.. Terlalu banyak rezeki yg telah diberikanNya, namun masih kita tidak bersyukur dan terus merungut. Secara tak lansung kita akan menjadi tertekan, maka kita terlepas pandang akan apa yg telah diberikanNya pada kita kerana sibuk mengejar sesuatu yg tak pasti. Jadilah kita hamba yg tidak bersyukur.
"Maka nikmatku yg manakah lagi ingin kalian dustakan?.." Ingat Allah akan menambah nikmatnya pada hamba²Nya yg bersyukur, dan azabNya amatlah berat.
Rezeki kita berbeza.. Jangan kita hanya melihat apa yg orang lain ada, sebaliknya cuba selami apa yang mereka lalui. Mungkin pada zahirnya kelihatan mereka punya kereta besar, rumah besar, harta yang melimpah.. Akal dan hati kita spontan berkata.. Tentu mereka bahagia! Namun adakah mereka punya masa bersama yg tersayang? Adakah mereka mendapat kasih sayang mencukupi? Adakah mereka mempunyai kesihatan yg baik? Mereka kelihatan bahagia, namun kekosongan. Hati yg kosong akan sentiasa berasa tidak mencukupi.. Mengapa mereka tidak berasa cukup? "Rasa cukup" di hati akan membuat kita berasa kaya dalam apa jua keadaan.
Mereka mungkin dapat apa yg mereka hajati, namun bila tiba masanya mereka akan menyesali apa yg mereka telah korbankan. Kerana diakhirnya, baru mereka sedari bahawa bahagia yg datang dari kaya itu sifatnya hanyalah sementara, sebaliknya bahagia yg datang dari rasa syukur itu sifatnya hakiki..
REDHA
Kesimpulannya, pupuklah hati untuk sentiasa redha dgn apa yg kita ada atau dgn apa yg kita lalui... Mungkin sukar pada awalnya, namun lama-kelamaan ia akan menjadi mudah. Sesungguhnya mereka yg redha dan sabar pasti akan disusuli dgn kejayaan.
KEJAYAAN
Ketahuilah bahawa dalam hidup ini kejayaan bukanlah diukur dari mana atau bagaimana permulaannya, tetapi pengakhirannya..
Kejayaan itu juga bukanlah diukur
dari satu segi sahaja, kejayaan itu ialah berjaya dalam segala aspek! Kejayaan itu bukanlah bersifat besar, ia tetap dinamakan kejayaan walaupun bersaiz sederhana..
SEDERHANA
Hiduplah dalam keadaan yg sederhana, pasti anda akan sentiasa punya sebab untuk rasa bahagia. Apabila hidup besederhana, kita tidak akan teperangkap dgn tipu helah dunia dan nafsu yg senantiasa inginkan sesuatu lebih lagi. Ia akan membuatkan kita rasa tidak puas hati dgn apa yg telah kita capai, walau pada hakikatnya ia telahpun jauh lebih dari apa yg diperlukan.
Bahkan Islam menganjurkan umatnya utk hidup serba sederhana.
HIDUP
Hidup ini adalah perjalanan, jadi hadapilah ia sebagai sebuah perjalanan. Apa yg dicapai dalam hidup tak bermakna sekiranya bukan kerana Allah. Kejayaan dalam hidup ini tidak bernilai disisiNya, melainkan apa yang diniatkan Lillahitaa'la.. Apa ertinya jika kita masih sibuk berlumba sesama kita mengumpul kekayaan dunia, sedangkan ia lansung tidak membawa manafaat diakhirat kelak? Malahan kita pula akan disoal atas setiap sen yg kita simpan.
Perjalanan hidup ini umpama roda, ia sentiasa berputar selagi kita bernafas. Adakala kita diatas, adakalanya kita dibawah. Hari ini mungkin dia diatas, hari esok in sha Allah giliran kita pula diatas. Lapangkan hati dan fikiran untuk menerima apa yg telah ditakdirkan oleh yg Maha Pencipta. Yg penting apabila dibawah kita bersabar, pabila diatas pula kita merendah diri. Percaya pada rezeki masing², kerana rezeki tak pernah salah alamat.
Kesimpulannya, duduk dan muhasabahlah diri. Kenali siapa diri kita, dan apakah peranan kita dimuka bumi ini..
Pesan admin, Enjoylah perjalanan hidup ini ia bukanlah satu perlumbaan.. Tetapi sebuah perjalanan yg penuh cabaran!
#positivevibe 😊
#syukurselalu
Ulasan
Catat Ulasan