Jagalah hati
Jagalah HATI
Berhati-hatilah menjaga hati kerana
amalan yang sebesar gunung sekalipun
tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya
diamalkan tanpa khlas.
..Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu lalah hati..
Itulah peranan utama hati. la umpama raja dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik, rakyat akan baik. Maka begitulah bila hati baik, secara automatik tangan, kaki, mulut, hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan. Al-Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang
daripada 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah dalam al-Quran.
Justeru, usaha untuk melahirkan diri, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia yang lebih baik mestilah dimulakan dengan
membersihkan hati manusia.
Revolusi Hati
Kejayaan Rasulullah s.a.w. mengubah masyarakat jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia. Inilah yang dikatakan oleh Profesor Dr. Hamka,
"Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia"
Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah sikap manusia kerana Baginda berjaya melakukan revolusi hati.
Walaupun umat Arab Jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik (mereka sentiasa berbalah sesama sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi mereka dimonopoli oleh orang Yahudi) dan kegawatan sosial (perzinaan, perogolan, minum arak dan membunuh anak perempuan menjadi tradisi), tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibat-akibatnya tetapi terus kepada puncanya yakni hati. Baginda yakin kegawatan-kegawatan yang bersifat lahiriah itu ialah hasil daripada "sakitnya" hati.
Tiga belas tahun Rasulullah s.a.w. menangani persoalan hati manusia dengan wahyu-wahyu diperingkat Makkah. Ayat-ayat al-Quran peringkat itu pendek-pendek dan kebanyakannya sarat dengan persoalan iman. Semuanya berkisar pada kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib. Ayat-ayat itu menerangkan tentang keesaan, keagungan, kebesaran dan keindahan Allah juga menggambarkan keadaan dan balasan nikmat di syurga dan seksa di neraka.
Iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. la secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap. Transformasi, reformasi, evolusi, revolusi atau apa sahaja istilah yang dikaitkan dengan perubahan, mesti berlandaskan soal hati. Apabila Soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan yang luar biasa dalam diri manusia yang biasa. Tauhid ialah sumber kekuatan untuk melakukan perubahan kerana ia mengungkai semua halangan dan godaan luaran yang mengganggu usaha ke arah perubahan.
Soal hati, bukan hanya penting pada peringkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.
Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan
bahawa setiap amalan bergantung kepada niat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat." (Riwayat Muslim)
Maknanya, jika niat baik, maka amalan pun
akan baik. Sebaliknya jika niat jahat, amalan
yang baik sekalipun akan bertukar menjadi jahat. Bagaimana natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya. Jika mukadimah amalan itu ialah niat yang baik, maka amalan itu akan memberi kesan yang baik.
Ulasan
Catat Ulasan