Zaman kejatuhan whatsapp dan Facebook?

    Ahli perniagaan terkaya di dunia Elon Musk mencadangkan netizen beralih ke aplikasi pesanan yang dipanggil Signal menggantikan WhatsApp dan Facebook kerana perubahan dasar mereka yang telah menimbulkan kebimbangan privasi.


    Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Musk meminta orang ramai untuk beralih ke aplikasi yang lebih disulitkan berbanding WhatsApp dan Facebook dan secara khusus menyebutkan Signal ketika ditanya mengenai alternatif yang lebih selamat oleh pengikutnya.

    Tweet Musk muncul selepas aplikasi pesanan ringkas Signal dan Telegram secara tiba² mendapat peningkatan permintaan secara mendadak akibat dari tindakan WhatsApp yg mengenakan syarat tambahan bagi mengenal pasti identiti penggunanya.

    WhatsApp, yang menggunakan teknologi sama seperti Signal, menetapkan syarat baru pada hari Rabu, meminta pengguna setuju untuk membiarkan pemilik Facebook dan anak syarikatnya mengumpulkan data pengguna, termasuk nombor telefon dan lokasi mereka. Beberapa aktivis privasi mempersoalkan langkah "terima pengambilan kami atau keluar" di Twitter, dan mencadangkan pengguna untuk beralih ke aplikasi seperti Signal dan Telegram.


    Adakah ini penghujungnya pada zaman whatsapp dan facebook sepertimana zaman kegemilangan my space? Pasti akan ada penggantinya.. Diharapkan ada anak bangsa kita yg mengambil peluang ini untuk membina aplikasi kepunyaan negara kita dgn identiti kita sendiri. Peluang datang mengikut permintaan... Semoga berjaya!

Berikut berkenaan data maklumat yg diambil oleh beberapa aplikasi.
Siaran oleh The Straits Times

WhatsApp's updated terms of service, which will allow some data to be shared with parent company Facebook, have prompted many users to turn to rival chat apps. Here’s a closer look at what data the apps collect. https://str.sg/Jzig -The Straits Times

Ulasan