Hilang khusyuk dlm solat, tanda awal penyakit mental?
Hilang khusyuk solat, tanda penyakit mental?
BISMILLAH.. hitawakkaltualAllah...
Pasti ramai yg mengalami masalah sama.. Dikala mendirikan solat, saat itulah pelbagai perkara yg muncul dibenak fikiran. Ada saja idea yg keluar, ada saja ilham yg dtg, ada saja perkara yg melintas! Sampai satu tahap, boleh terlupa dah rakaat keberapa! Pelikkan? Sedangkan jika difikirkan diluar waktu solat, tak satu pun perkara tersebut melintas.. Nampak seperti kecil, sebenarnya ia akan mempengaruhi keseluruhan solat kita.. Malah keseluruhan hidup!
Mungkinkah syaitan datang mengganggu atau kita yg overthinking? (Terlebih fikir).. pada hemat admin sebenarnya sebelum solat lagi minda kita telah tersedia overthinking (terlebih fikir), Ibarat bom jangka menunggu masa utk meletup, ia memudahkan syaitan dtg mengganggu fikiran dan dgn sedikit sahaja lintasan lantas berjaya meragut keseluruhan khusyuk dalam solat.
Jika kita bertanya pada ahli agama, antara nasihat popular sudah tentulah supaya melancarkan bacaan dan cuba memahami setiap baris surah yg dibaca. Dari sudut psikologi, kita sebenarnya sedang cuba mengalihkan fikiran kita kepada surah² yg dibaca agar minda kita tidak terbawa dek perkara² lain yg telah sedia ada difikiran. Jadi sekiranya kita masih lagi overthinking, maka khusyuk solat yg diperolehi hanyalah pada rakaat pertama atau kedua.. Kemudian kelaut!
Secara umumnya jika dilihat dari konteks yg lebih luas, dalam kehidupan ini minda kita sebenarnya telah dipaksa utk berfikir tentang pelbagai perkara. Bukan sahaja perkara yg sedang kita lakukan, malah perkara yg berada diluar jangkauan kita.. Secara tak lansung ia akan mewujudkan tekanan/stress dibenak fikiran. Umpama bateri, jika dicas berlebihan akan meletop.. Jadi sebaiknya kita menguruskan semula kesihatan mental kita, sebelum ia menjadi lebih parah.
Kesihatan mental adalah antara perkara yg agak asing dinegara kita. Tidak seperti doktor gigi, lebih jarang utk kita bertemu doktor psikatari.. Sedangkan dalam hidup ini tiap saat kita stress, tidak seperti sakit gigi yg jarang² sekali berlaku.
...Bagi orang kita, jika sampai tahap sesi kaunseling dgn doktor psikatari tu maksudnya gila lah?...
Kesihatan mental tidak harus diambil ringan, ia boleh menyebabkan mental kita sukar utk meneruskan kehidupan seharian. Ia boleh menyebabkan kerisauan melampau, hilang fokus, sukar tidur, darah tinggi/migrain, bahkan ada yg sampai tahap mendengar bisikan² halus ditelinga! Bukankah byk berita² yg kita dengar dikaca tv tentang kes bunuh hanya kerana mendengar bisikan halus? Logiknya sanggupkah seorang ibu membunuh anaknya sendiri tanpa sebarang sebab yg kukuh? Dan kemudian dia menangisinya.. Begitulah parahnya jika kesihatan mental tidak ditangani lebih awal. Tetapi bagaimana?
Mudah.. Berbalik pada saat anda sedang solat, cuba lakukan sebaik yg termampu.. Baca sebaik yg anda tahu, tertib sebaik yg boleh, selebihnya? Selebihnya niatkan "aku bertawakkal padaMu akan perkara² lain, sesungguhnya ia diluar kemampuanku.." Terapkan cara yg sama dlm kehidupan, insha Allah anda akan lebih tenang. Bukan semuanya kita dapat lakukan.
TAWAKKAL perkara yg sering dilupakan. Saudara.. sesungguhnya sehebat manapun kita, terimalah hakikat bahawa kita tetap seorang hamba. Sedarilah apapun yg akan berlaku walau sesaat dihadapan kita, ia berada didalam ketentuanNya. Walau berjuta keyakinan kita terhadap sesuatu perkara, ia tetap tertakluk pada kekuasaanNya. Tiada yg lebih tahu melainkan yg Maha Mengetahui. Tiada yg lebih berkuasa melainkan yg Maha Berkuasa.
...Kesimpulannya dalam kehidupan ini apabila melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan, lakukanlah dengan sebaik mungkin; dengan apa yg kita ada; dan dengan apa yg kita mampu.. Fokus pada urusan yg sedang kamu lakukan, niat Lillahitaa'la, selebihnya serahkan padaNya! Termasuk urusan² lain yg tidak berkaitan dgn apa yg sedang kamu kerjakan...
...bila kita dah beri apa yg termampu, so bertawakkal jer selebihnya padaNya, lepaskan perkara itu dari bebanan fikiran...
Jangan yakin dengan janji manusia, sebaliknya yakinlah dengan janji Allah. Sesiapa yg bertawakkal sepenuhnya pada Allah, maka akan mendapat bantuanNya dari arah yg tak disangka². Namun berdoa dan berusahalah dahulu sebelum berserah bulat² padaNya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yg kita lakukan.
#Bismillahhitawakkal
...Share ilmu sesama kita, moga kita tergolong didalam golongan hamba²Nya yg mendapat pertunjuk dariNya...
Ulasan
Catat Ulasan