Kena game? Scam balik scammer tu.. berikut caranya..
Apa perlu buat kalau kena kencing dengan Scammer?
Admin terima satu cadangan berguna hari ini. So benda baik kita sharekan, pada sesiapa yg kena scam. Beli barang online contohnya.. Duit dah bank in, barang haram tak kunjung tiba! Bolehlah cuba cadangan sifulan ni. Namun sejauh mana keberkesanannya admin sendiri tak pasti, sebab tak pernah buat. Tapi alang² klu dah kena scam, boleh la cuba dari tak dapat apa².
Credit to sifulan tersebut..
Apa perlu buat kalau kena tipu dengan Scammer?
Pertama skali tidak perlu hubungi pihak bank, dengan harapan bank akan sekat akaun Scammer tersebut dgn serta-merta. Ia bukanlah satu proses yg mudah dan cepat seperti yg anda fikirkan, bank hanya akan bekukan akaun scammer tersebut apabila mendapat kebenaran daripada BNM (Bank Negara Malaysia) sahaja.
So nasihat brader tersebut:
Cara dia mudah je . First kau call atau whatsapp scammer tu kau cakap mcm ni
"Kau nak pulang duit aku atau kau nak Jumpa aku dekat mahkamah , kalau dh smpai mahkamah , nak settle standby RM 100K lah bro "
Kalau dia pulang duit kau time tu Jugak . Alhamdulillah rezeki . kalau dia tak pulang , bermakna dia dah masuk dalam kita punya Game
Jadi apa kau nak buat ?
Pertama , kau buat report polis . dakam report kau jangan cakap kau Ditipu , Jangan cakap kau di Scam , tapi cakap kau " Diperdaya "
(Ada sebab kenapa aku suruh buat mcm tu)
Dah ada report , kau bawak pegi bank and mintak statement yang kau ada masukkan duit dekat account scammer , and bagi tahu pihak bank skali yang kau kene scam
Lepastu kau google lah cari Lawyer yang Free, iaitu YBGK, nnti selebihnya dorang akan susun step, yang penting Free
Tahu tahu sampai. apa yang sampai ?
Nanti scammer bodoh tu akan dapat surat dari mahkamah . dia akan dapat surat yang dipanggil Sapina
Jadi time tu baru dia akan kelam kabut call kau. sbab mahkamah boleh batalkan kes kalau kau tarik report atau lawyer declare selesai
Jadi masa scammer Call kau, Kau jawab je macam ni
"Nak aku tarik report and selesai luar mahkamah ? Bagi RM 100K , aku dh penah cakap sebelum ni "
Jadi kau relax je , sbab dia nak taknak dia kene buat apa kau nak untuk kau tarik report , kalau kau taknak 100K pandai pandai kau la deal mintak bende lain , Jangan la kau bodoh bagi muka , slalu bila scammer nangis , mak bapak scammer melutut merayu , mula laa orang kita ni bangang mudah makan umpan , orang mcm ni kau kene ajar sikit Jangan bagi muka
Apa jadi kalau kau tak tarik Report ?
Dia akan dijatuh hukum lepas dah 3/4 hari reman, Jadi minimum dia kene penjara 1 tahun, dan 1 sebatan. itu baru minimum bukan maximum
Jadi dia mesti fikir panjang punya . Dia nak settle luar mahkamah bagi 100K atau belayar setahun? pegi mampos biar dia fikir , Jangan bagi muka
Apa jadi kalau dia tak naik mahkamah pada hari tersebut ?
Kau jangan risau . nama dia akan di wantedkan dalam sistem SSO, polis seluruh malaysia Bro
BKau nak Loan tak boleh, Luar negara tak boleh, nak kerja tak boleh, Roadblock tak boleh lalu, dengan anggota 42 tak boleh sangkut, and banyak lagi
Masa tu dia akan tahu
"Macam mana hidup Jadi penjenayah dan buruan polis"
Jadi dia nak ikut cara susah atau cara senang
Kalau dia refund awal awal, dia selamat
Kalau dia buat keras, kita bagi End dalam dia punya Game sendiri
Aku cakap bukan acah borak pandai. aku cakap berdasarkan pengalaman. dah naik mahkamah lebih 40 kali . dah jumpa lebih 30 IO, dah macam macam kes dah aku Suply and SOS , berpuluh OKT dah hadap
Jadi apa yang baik , ambik sebagai iktibar 👍🏻
KATA ADMIN :
Pada yg kurang bernasib baik, boleh cuba cadangan sifulan diatas. Lebih baik berusaha, dari melopong tak dapat apa².
Namun pada admin sebelum menjalankan sesuatu urusniaga, lebih baik pastikan status syarikat atau status akaun bank yg digunakan dalam urusniaga tersebut. Sekarang kan zaman it, semua dihujung jari.
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati..
Ulasan
Catat Ulasan